RSS

Israk dan Mikraj Nabi s.a.w

Sunday, August 3, 2008

“MAHA Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-Isra’:1)

Peristiwa Israk dan Mikraj biarpun di luar pencapaian pancaindera manusia biasa, tetap diabadikan dalam al-Quran, dengan hikmah yang amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
Justeru, umat Islam berkewajipan mempercayai, malah mengimani peristiwa itu. Ulama mencapai kata sepakat orang Islam yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa itu dihukum kafir.

ERTI Israk ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam waktu yang singkat.Erti Mikraj ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan selanjutnya sampai ke Sidratul Muntaha, yakni dari Masjidil Aqsa di Palestin naik ke atas melalui beberapa lapisan yang bertingkat, terus menuju Baitul Makmur dan ke Sidratul Muntaha, ke Arasy untuk menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam. Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w, tidak kurang dengan kejadian aneh yang bermula dari awal.

Peristiwa itu berlaku pada tanggal 27 Rejab, 11 bulan sebelum nabi hijrah atau disebut tahun kesebelas dari tarikh kenabiannya. Tahun ini dikenali juga sebagai tahun dukacita selepas kewafatan dua org yg di sayangi iaitu kematian datuknya Abu Talib dan kawafatan isteri baginda siti khadijah.

Ketika itu nabi sedang tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah yang diapit oleh dua orang saudaranya bernama Jaafar bin Abi Talib dan Hamzah bin Abu Talib. Nabi s.a.w mengalami pembedahan dada, hati baginda dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah), lalu diisinya dengan iman dan hikmah kemudian dadanya dijahit kembali dan dimeterikan dengan ‘khatimin nubuwwah’ tanda kenabian.

Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan ‘israk’ dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril. Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat. Menurut sarjana sains, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan ruang cahaya, iaitu perdetik dapat menempuh jarak kira-kira 300,000 kilometer. Oleh itu, kecepatan buraq sekejap mata di antara Makkah sampai ke Palestin. Ahli sains juga mengakui bahawa didalam dunia ini cahayalah yang paling laju pergerakannya berbanding semua benda.
Tiba di tempat tertentu Rasulullah s.a.w diarah Jibril berhenti dan bersolat dua rakaat seperti di Thaibah (Ma dinah), tempat baginda akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul Laham (tempat Nabi Isa a.s. dilahirkan).Dalam perjalanan itu juga baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Ifrit dan Jibril telah mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca.
Nabi juga menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman.Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan makan daging mentah berbau busuk.Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi beberapa kaumnya.

Pada langit 1, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Adam a.s.
Pada langit 2, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Isa a.s.
Pada langit 3, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Yusuf a.s.
Pada langit 4, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Idris a.s.
Pada langit 5, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Harun a.s.
Pada langit 6, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Musa a.s.
Pada langit 7, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s.

Di langit ketujuh ini Nabi juga diperlihatkan alam ghaib malaikat yang setiap harinya tidak kurang daripada 70,000 malaikat keluar masuk. Mengenai Baiul Makmur, ada pendapat menerangkan, Baitul Makmur itu adalah sebuah masjid di langit, yang letaknya setentang dan searah dengan Kaabah.

Sampai di langit ketujuh ini Nabi terus dibawa ke langit yang lebih atas lagi dengan nama Sidratul Muntaha dan terus ke Mustawa. Di sini Nabi diperlihatkan Sidrah dan gerak geri qalam dalam menulis. Juga Nabi diperlihatkan bentuk malaikat Jibril dalam bentuk yang sebenarnya.
Nabi s.a.w juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam yang kemudian dipendekkan kepada lima waktu saja.
Kini selepas kewafatan Rasulullah s.a.w peristiwa Israk dan Mikraj dikenang umat Islam, malah pada penghujung Rejab sempena tarikh peristiwa terbabit diadakan acara memperingati melalui ceramah dan tazkirah berkaitan peristiwa itu. Di sesetengah negeri diadakan cuti umum Israk dan Mikraj sebagai penghormatan kepada peristiwa bersejarah yang berlaku ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Usaha itu memberi kebaikan kerana mengingatkan umat Islam, terutama generasi muda sejarah Islam seperti Israk dan Mikraj.

Tetapi cukupkah dengan hanya sekadar ceramah dan tazkirah sahaja bagi menyedarkan umat tentang peristiwa penting ini. Sepatutnya kita mengambil pengajaran yang lebih terhadap peristiwa penting ini. Pihak yang berkuasa sepatutnya memperuntukkan sesuatu peruntukan yang besar untuk menyedarkan lagi ummat.

Hari ini sambutan Israk dan Mikraj ini tidak ubah disambut seperti sambutan hari-hari yang dinamakan silih berganti seperti sambutan hari ibu, bapa, guru, jururawat dan valentine. Ianya hanya di rasa dan di sambut pada hari itu sahaja dan akan berlalu begitu sahaja. Sepatutnya peristiwa sepenting ini di dadalami dengan penuh keimanan. Pengajaran yang mesti diambil bukan terhadap kejadian itu sahaja tetapi ape yang dilihat dan dialami oleh Baginda Nabi s.a.w itu sepatutnya di titik beratkan lagi.

Selepas sambutan peristiwa ini sepatunya tiada lagi org perempuan yang mendedahkan aurat kerana Nabi melihat sendiri seksa bagi pelakunya. Org-org yg meninggalkan solat sepatutnya insaf dan tiada lagi org yang meninggalkan solat kerana siksanya juga diperlihatkan kepada nabi. Tiada lagi fitnah memfitnah kerana Nabi dilihat sendiri akan siksanya manusia yang memfitnah dimana manusia itu menggunting lidah-lidahnya sendiri dan kemudian lidahnya ditumbuhkan semula dan ia mengguntingnya lagi. Selagi ummat tidak berubah selepas sambutan pihak berkuasa sepatutnya perlu mengambil tindakan yang lebih pro aktif.. Marilah sama-sama mengambil iktibar dan menjiwai pengiktibaran ini.
Hj Khuzz

0 comments: